Sunday, 5 June 2011

kisah nabi yusuf

assalamualaikum.............^_^
lame dah ta update blog....hehehe
bz sket..nak peksa la ktekan...hahahahaha(bz la sgt..huhuhu)

haa.....arituh kitorang ada blaja pasal Surah Yusuf (surah ke 12 dlm Quran)..
byk giler bnde baru yang kitorg blaja....
salah satunya mengenai CINTA....

oh yee....CINTA...
ADA APA DENGAN CINTA????
APA ADA PADA CINTA??
byk sebnrnye persoalan yg kita boleh ajukan mengenai CINTA....

mesti ada yang ta taw an kisah disebalik SURAH YUSUF nie....

cmnie cite die.....
pada suatu hari.....eehhhh....silap...

cmnie.....

Nabi Yusuf merupakan rasul ke 11 daripada 25 orang. Nabi Yusuf mempunyai kisah hidupnya tersendiri. Beliau merupakan nabi yang sungguh elok rupa parasnya sehingga kisah ini boleh terjadi.

Semasa kecil, Nabi Yusuf begitu tidak disukai oleh adik-beradiknya yang lain. Beliau mempunyai 12 adik-beradik. Hanya beliau dan Bunyamin sahaja merupakan adik-beradik seibu dan sebapa. Oleh sebab beliau dan Bunyamin merupakan anak yang begitu disayangi oleh bapa mereka menyebabkan mereka tidak disukai.

Pada suatu hari, beliau mendapat mimpi dan beliau menceritakan mimpi tersebut kepada bapanya. Beliau berkata ‘ Wahai bapaku!Sesungguhnya aku telah melihat 11 bintang dan matahari serta bulan bersujud kepadaku.’ Lalu bapanya berkata, ‘ Wahai anakku!Janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, kerana nanti mereka menipu kamu dengan satu tipu daya, Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi manusia.’

Pada suatu hari, adik-beradik Nabi Yusuf yang lain telah berpakat untuk membuang Nabi Yusuf di dalam perigi. Mereka telah meminta izin daripada bapa mereka untuk mengajak Nabi Yusuf keluar. Bapa mereka telah memberi keizinan dengan hati yang tidak tenang kerana bapa mereka seperti sudah mengetahui sesuatu yang buruk akan berlaku kepada Nabi Yusuf. Adik-beradik Nabi Yusuf telah memujuk bapa mereka dengan bersungguh-sungguh umtuk mengajak Nabi Yusuf keluar dan memberi jaminan kepada bapa mereka bahawa Nabi Yusuf akan selamat.

Alangkah hancur hati bapa Nabi Yusuf apabila mengetahui Nabi Yusuf tidak pulang sekali bersama adik-beradiknya yang lain kerana beliau sudah meninggal gara-gara dimakan oleh serigala. Cerita yang tidak diketahui oleh bapa mereka ialah Nabi Yusuf sebenarnya tidak dimakan serigala tetapi ditinggalkan di dalam perigi. Mereka telah menunjukkan bukti bahawa Nabi Yusuf telah dimakan dengan membawa baju Nabi Yusuf yang berlumuran darah kepada bapa mereka.

Tidak berapa lama selepas Nabi Yusuf ditinggalkan di dalam perigi telah singgah orang-orang yang bermusafir ke situ untuk mengambil air tetapimereka telah menjumpai Nabi Yusuf didalamnya. Mereka telah membawa Nabi Yusuf pergi lalu mereka menjual Nabi Yusuf kepada raja Mesir. Isteri raja Mesir adalah Zulaikha.


Pada suatu hari semasa tinggal mereka berdua sahaja di istana, Nabi Yusuf telah dipanggil oleh Zulaikha masuk ke dalam biliknya. Nabi Yusuf telah berdoa kepada Allah supaya dilindungi daripada melakukan maksiat. Walaupun mereka berdua saling mencintai satu sama lain tetapi Nabi Yusuf tidak sanggup untuk melakukan maksiat kerana beliau masih dapat mengawal perasaan, masih mengingat jasa raja Mesir kepadanya dan masih ingat lagi kepada Allah. Semasa beliau ingin melarikan diri, Zulaikha telah menarik baju Nabi Yusuf di bahagian belakang.


Malang sungguh nasib mereka apabila pintu tersebut terbuka raja Mesir ada di hadapan mereka. Zulaikha telah menipu dengan mengatakan Nabi Yusuf ingin memperkosa dirinya. Nabi Yusuf dengan pantas telah mempertahankan diri. Penasihat raja telah memberi penyelesaian masalah ini dengan mengatakan bahawa ‘ Jika bajunya koyak di hadapan, maka benarlah perempuan itu. Dan jika bajunya koyak di belakang, maka dustalah perempuan itu.‘ Maka Nabi Yusuf melihat bajunya dan berkata ‘ Sesungguhnya ini sebahagian daripada tipu daya kamu, sesungguhnya tipu daya kamu itu besar. ‘ Berkata raja Mesir,’ Hai Yusuf!Berpalinglah dari ini dan hai perempuan mintalah ampun bagi dosamu, kerana sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang salah.’

Zulaikha telah mendapat kata-kata buruk daripada orang-orang lain disebabkan oleh perbuatan tersebut. Zulaikha telah membuat keputusan untuk memanggil semua perempuan yang berada di Mesir berkumpul di istana. Mereka telah diberikan pisau dan sebiji buah. Pada masa yang sama Zulaikha telah meminta keluar di hadapan mereka. Semua perempuan yang berada disitu berasa begitu takjub kerana tidak pernah melihat seorang lelaki yang begitu kacak sekali sehingga mereka tidak merasa pisau yang berada di tangan telah menghiris tangan mereka sendiri. Mereka sungguh takjub dengan makhluk Allah tersebut sehingga ada yang mengatakan Nabi Yusuf tersebut bukan manusia tetapi malaikat.

Disebabkan oleh kejadian tersebut, Nabi Yusuf lebih rela tinggal di penjara daripada terus menjadi punca kepada perkara yang membawa keburukan. 

Sori la nie bukan serba skit tp ni serba PNJG...hahahahahah

Moral daripada kisah ini ialah:
-          Kita mestilah mengelakkan diri daripada perkara yang membawa kepada maksiat
-          Janganlah kita terburu-buru dalam membuat keputusan
-          Kita mestilah mempertahankan diri
-          Kita mestilah mengenang jasa orang lain
(nie berdasarkan apa yg aku paham ar....law sala mintak maap je la....)

ok la......renung2kan la yee........daaa ^_^

0 comments:

Post a Comment